Assalamualaikum...
1stly aku nak ucapkan selamat datang ke blog legend touch.. untuk topik kali ni aku nak berkongsi pengalam aku menggunakan DSLR camera nie. Pada zaman sekarang nie ramai yang dah mempu memiliki sebuah kamera dslr atau lebih. maklum lah, semua tengah masyukk.. (: Tapi berapa ramai yang mampu mengoperate keseluruhan sistem kamera jenis nie?? Bak kata otai2, kalau beli kamera ribu2, tapi pakai mood auto apa barang..baik pakai compact je..he he
Ok lah aku nak kongsi cara2 nak mendapatkan gambar yang clear dan menepati cita rasa melalui cara Lower Shutter Speed.. lain org lain caranya..nie versi aku.. pada yang dah pro tue, kalau step aku nie salah tolong betolkan yer.. peace yo!!..
Benda yang korang kene ada, dslr camera, shutter release ( kalau takder, pakai timing pon boleh ), dan yang paling penting dlm aktiviti nie kene ada tripod. Jenis tak penting, yg penting ada tripod. Bila dah usya tempat yang nak dijadikan bahan kajian korang tue, start pacak tripod dan kamera set kan mood (M), shutter speed 20-30sec, iso 100-200, f -22 - 28 pon boleh. ikut sesedap korang la..tapi jgn lebih dan jgn kurang sngt dah la..
Tujuan s.s 30 sec tue tuk proses melambatkan proses penghasilan gambar atau mendapatkan detail2 yang kita inginkan..kalau s.s terlalu laju, contohnya 1/100-1/200, gambar korang akan gelap..sebab sebarang flash tidak digunakan.. jadi kene lah pakai tripod sebab 30sec tue lama woo kalau nak pegang..dah tentu gambar goyang..
Bab iso plak, kene la pakai 100-200 je..kalau pakai tinggi dri tue, akan terjadi la noise..noise tue mcm berbintik2 la..sebab apa panggil noise?? dah 1 dunia panggil noise..so, kita yg kat Malaysia nie pon kene lah gunakan istilah noise tue..hieiei...abis bab iso.
Kita pi plk kat aperture..kiter guna ap f/22 - 28.. mana 1 korang rasa ok..sebab kita guna aperture tinggi?? sebab kalau kita pakai aperture rendah, akan ada asap2 kenderaan, atau kabus2 yang tak nak kita lihat..sebab kalau rendah, retina (i-ris) dia besar, so, sensitiviti kepada cahaya terlalu banyak yg masuk..kita kecikkan retina dia, tuk mendapatkan gambar yang nak kita tanggkap je. (cahaya lampu2)..memang tu yg kita nak pon kan..
Bila kita dah setkan semua, plug in shutter release / timing, pastu shoot..korang boleh la lihat hasilnya..kalau masih tak puas ati, set balik mengikut kadar yang di atas..dah jadi..so korang pun sengih sensorang sampai nampak gigi..
Contoh gambar yang dihasilkan mengikut perkiraan di atas + - la kan..
Kat atas nie, gambar2 yang aku tangkap sekitar Putrajaya.. semoga dengan apa yang aku post kali ni dapat membantu sesiapa yang baru2 nak mencuba bermain dengan kamera jenis dslr nie..Bak kata otai2 setakat gantung kat leher, tapi guna mcm pakai kamera compact, baik takyah bawak..buat sakit leher je..dan yang mendengarnya pon, mcm sakit ati je..he he...so, aku ucapkan ..
SELAMAT MENCUBA!!!





No comments:
Post a Comment